Thursday, January 22, 2009

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sememangnya kita digalakkan berdoa untuk kesejahteraan semua umat Islam sama ada yang telah mati ataupun yang masih hidup, apa lagi berdoa kepada umat Islam yang dizalimi. Tetapi kita mesti ingat, di dalam Islam bukan hanya ada konsep DOA. Tetapi kita ada DOA, USAHA dan TAWAKKAL.



Adakah anda boleh mencari duit hanya dengan berDOA? Adakah anda akan kenyang perut hanya dengan berDOA? Maka berDOA pun kena tengok tempat dan kaedah juga. Dan adakalanya bukan hanya DOA yang patut kita lakukan selagi ada jalan untuk berUSAHA.

Biasa kita dengar apabila orang bercakap mengenai Palestine maka ada orang akan kata, “kita doa je la buat mereka”. Bukannya saya katakan berdoa sahaja itu tidak boleh, malah kita digalakkan berdoa untuk mereka. Tetapi sebenarnya ada lagi USAHA dan IKHTIAR yang kita boleh lakukan dan bukan hanya berDOA.

Antara contoh USAHA yang boleh kita lakukan iaitu;

1 - Pertama sekali umat Islam perlu BERSATU di bawah Tauhid yang murni. Dan bersatu mentaati AlQuran dan AlHadith. Tetapi adakah kita semua telah mentaati perintah2 Allah S.w.t dalam Alquran? Itu yang sama2 kita perlu fikirkan kembali.

2 - Manusia keseluruhannya perlu bersatu hati atas nama kemanusiaan. PBB sudah tidak boleh diharapkan kerana hanya berfungsi pada nama sahaja. Selagi kuasa Veto diteruskan selagi itu lah keadilan tidak dapat ditegakkan. Satu mesyuarat sedunia perlu diadakan bagi rundingan damai yang mengikut suara majoriti.

3 - Berilah kerjasama kepada usaha memBOIKOT produk2 keluaran dari Israel.

4 - Boikot lah produk2 dari syarikat2 yang mengeluarkan dana dari keuntungan mereka yang disalurkan kepada Israel. Untuk keterangan lanjut mengenai produk2 sila rujuk ke inminds.co .uk.

Antara produk2 yang tersenarai iaitu produk dari syarikat telefon Nokia. Sebagaimana kita tahu handphone Nokia amat popular dan digemari ramai di negara kita ini. Maka yang sudah terbeli yang lepas tu lepas lah, tetapi untuk akan datang , haramkan diri kita dari membeli handphone jenama sekutu Israel itu.

5 - Boikot lah produk dan syarikat2 yang dimiliki oleh Illuminati termasuklah Freemasons, seperti banyak syarikat minyak dan petroleum, kerana Illuminati adalah sekutu kepada Israel.

6 - Bagi mereka2 yang ada blog di internet, tulis lah di blog2 kita berkenaan dengan kezaliman Israel dan mengecam mereka. Bagi dunia semua lihat betapa ramainya manusia mengecam kerajaan Israel laknatullah itu.

7 - Sebarkan apa sahaja yang bagus2 yang dikira dapat membantu untuk menonjolkan keganasan dan kezaliman kerajaan Israel terhadap Palestine.


Dengan usaha2 tadi insyaAllah sedikit sebanyak dapat membuka minda penduduk dunia, juga dapat membantu mengurangkan dana Israel yang membelanjakan ke arah persenjataan dan ketenteraan. Ketahuilah bahawa secara sedar atau tidak, selama ini dana yang mereka dapat untuk membeli senjata dan kelengkapan perang itu ada juga yang datang dari kita sendiri, na’uzubillah.

Kerana itu lah ramai orang2 Yahudi yang memegang kuasa ekonomi dunia kerana kekayaan mereka disalurkan kepada tanahair tercinta mereka. Dan ramai orang Yahudi yang membuka bisnes dan syarikat2 besar yang mana bisnes dan syarikat2 itu sendiri disokong dan dilanggani oleh umat Islam sendiri sama ada secara sedar atau tidak. Antara taktik Yahudi adalah mengumpul dana dari umat Islam sendiri yang akhirnya dana tersebut digunakan untuk membunuh umat Islam sendiri di Palestine.

Maka kerjasama dan komitmen yang tinggi perlu dibuat oleh kita sendiri bagi membantu sedaya yang mungkin. Jangan lah sikap sambil lewa atau acuh tak acuh menyelubungi diri kita. Ingatlah bahawa umat Islam di Palestine sana adalah saudara kita juga.

Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Imam Bukhari).

“Ibarat seorang mukmin dengan mukmin yang lain ialah sebuah binaan daripada bahan yang saling kukuh-mengukuh antara satu dengan lain sehingga tercipta sebuah binaan.” (Riwayat Bukhari)

“Kamu akan lihat orang Islam dalam kasih sayang mereka, lemah-lembut mereka dan kasihan belas mereka umpama seperti tubuh badan, jika ada anggota badan yang mengadu sakit, maka seluruh anggota badan yang lain turut merasainya dengan sakit demam dan berjaga malam.” (Riwayat Bukhari)

Setelah kita berDOA dan berUSAHA setakat yang kita mampu, maka akhirnya TAWAKKAL lah kepada Allah S.w.t. Kita serahkan semua kepadaNya dan kita mesti ingat bahawa, setiap kejadian yang berlaku itu ada HIKMAH nya.

Semoga Allah mengampuni segala dosa2 kita dan dosa2 umat Islam di Palestine. Ya Allah rahmatilah umat Islam di Palestine, berkatilah mereka, berilah bantuan kepada mereka dari dizalimi oleh manusia2 yang zalim. Amiin.


0 comments:

 
Copyright © 2008 Free Blogger Template By Cool Stuff Blog